Saturday, December 28, 2013

srikandi gayong

Ktorg panggil die kechik. die ni team silat sme ngn sye. dia mintak sye lukiskan pic ni sbb die tgk sye lukis muke fmly abang sye.lukisan ni sye gune graphite so hasilnya agak berkilat berbanding menggunakan arang. agak lame proses nk lukis ni bhgian tanjak die sbb tanjak die tanjak songket.

Friday, December 27, 2013

Hukum Melukis Manusia dan Haiwan (utk rujukan)

Muqaddimah

Islam adalah agama yang mencintai keindahan sehingga di dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda:

إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ

yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah adalah zat yang Maha Indah dan suka kepada keindahanَ

ََ

Antara perkara yang dianggap sebagai satu keindahan yang mempunyai nilai kesenian adalah gambar yang dilukis di papan-papan kanvas dan ukiran-ukiran yang dipahat di atas batu atau kayu.

Persoalannya, adakah Islam berdasarkan ijtihad para fuqaha membenarkan kesemua lukisan dan ukiran atau sebaliknya?


Beberapa perbahasan yang disepakati dari segi hukumnya oleh seluruh para fuqaha Islam

1. Seluruh para ulama Islam bersepakat bahawa seseorang individu dibenarkan untuk melukis gambar-gambar benda yang merupakan hasil ciptaan manusia itu sendiri seperti melukis gambar rumah, kereta, masjid, komputer dan sebagainya.

Ini kerana manusia telah dibenarkan untuk mencipta benda-benda tersebut. Apabila seseorang individu itu telah dibenarkan oleh Islam untuk mencipta kereta, dia juga boleh melukis gambar kereta. Ini kerana gambar kereta lebih mudah untuk dihasilkan berbanding dengan mencipta kereta. Kalaulah mencipta kereta yang lebih sukar telahpun dibenarkan oleh Islam, maka menghasilkan gambar kereta lebih-lebih lagi dibenarkan.

2.  Para fuqaha Islam juga telah bersependapat mengatakan bahawa seseorang itu boleh untuk melukis gambar-gambar alam semulajadi yang diciptakan oleh Allah Taala seperti gambar tasik, sungai, laut, bulan, bintang, matahari dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sekiranya gambar alam semulajadi itu dijadikan sebagai bahan sembahan orang yang bukan beragama Islam seperti golongan penyembah matahari, maka sekiranya penyembah matahari meminta sang pelukis untuk melukis gambar matahari untuk disembah selepas itu, pastinya hukum melukis gambar matahari ketika situasi ini adalah haram. Ini kerana gambar yang bakal dilukis akan digunakan untuk tujuan maksiat iaitu menyembah selain daripada Allah Taala.


Beberapa perbahasan yang tidak disepakati dari segi hukumnya oleh para fuqaha Islam

Kebanyakan para fuqaha berpandangan bahawa seseorang pelukis dibenarkan untuk melukis gambar tumbuh-tumbuhan, rumput, buah-buahan dan pokok-pokok. Mereka tidak membezakan antara pokok yang berbuah ataupun pokok yang tidak mengeluarkan buah. Bagi kebanyakan para ulama, hukum melukis tumbuh-tumbuhan dan pokok adalah seperti hukum melukis alam semulajadi seperti sungai, laut, gunung-ganang dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, hanya seorang ulama sahaja yang tidak membenarkan melukis gambar pohon-pohon yang mengeluarkan buah. Ulama tersebut adalah Al-Imam Al-Mujahid.

Oleh itu, sekiranya seseorang pelukis ingin melukis gambar pokok yang berbuah, maka berdasarkan pandangan kebanyakan para ulama, hukumnya adalah dibolehkan.

Jawapan Kepada Soalan Yang Ditujukan


Hukum Melukis Objek Manusia Atau Binatang

Berbalik kepada soalan yang ditanya, ia berkisar berkenaan hukum melukis gambar objek yang hidup yang terdiri daripada manusia dan haiwan. Sememangnya para ulama berselisih pandangan dalam masalah ini. Ini kerana mereka berbeza pandangan dalam memahami hadith Rasulullah yang zahirnya melarang lukisan.

Para fuqaha di dalam 3 mazhab utama iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal tidak membenarkan sama sekali seseorang individu melukis gambar objek-objek yang hidup daripada manusia dan binatang. Para ulama di dalam tiga mazhab ini juga mengharamkan seseorang daripada mengukir patung-patung yang menyerupai manusia ataupun binatang.

Cuma di dalam Mazhab Al-Imam Malik, para fuqaha mazhab ini (Al-Malikiyyah) berpandangan bahawa hukum melukis gambar yang sempurna[ii] bagi manusia dan haiwan adalah dibenarkan sekalipun hukumnya adalah makruh.

Ini bermakna sekiranya seseorang berniat untuk tidak melukis gambar manusia dan haiwan yang sempurna, maka dia akan mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan yang makruh. Namun sekiranya dia tetap melukis gambar objek hidup secara sempurna, dia tidaklah berdosa tetapi dia tidak akan mendapat sebarang pahala.

Berdasarkan jawapan di atas jelaslah kepada kita bahawa:

Melukis gambar objek yang hidup sama ada gambar manusia atau binatang adalah dibenarkan oleh para fuqaha dalam Mazhab Al-Imam Malik selagi mana gambar tersebut dalam bentuk lukisan atau ukiran. Walaubagaimanapun Al-Malikiyyah (ulama di dalam mazhab Al-Imam Malik) tetap menganggap melukis gambar manusia atau binatang adalah makruh sekiranya gambar objek bernyawa tersebut adalah sempurna.

Namun sekiranya anda ingin memegang pandangan yang mengharamkan sebarang lukisan yang menggambarkan objek manusia atau binatang, maka berdasarkan kaedah:



الْخُرُوْجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ


yang bermaksud: "Keluar daripada titik perselisihan adalah disunatkan", maka tindakan anda adalah dialu-alukan. Ini kerana apabila anda tidak melukis gambar manusia atau binatang, anda tidak melakukan perbuatan yang haram sama sekali sama ada berdasarkan pandangan yang mengharamkan sebarang gambar manusia dan binatang atau pandangan Al-Malikiyyah yang membolehkan seseorang untuk melukis gambar manusia atau binatang.


Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa seseorang yang berpegang dengan pandangan Al-Malikiyyah adalah berdosa dan wajib diperbetulkan. Ini kerana apabila para ulama berbeza pandangan dalam menetapkan hukum terhadap sesuatu perbuatan, maka seseorang muqallid (individu yang tidak sampai ke tahap mujtahid) berhak untuk meilih mana-mana pandangan tanpa menerima sebarang dosa.


Hukum Gambar Fotografi


Gambar fotografi adalah dibenarkan selagi mana gambar yang diambil tidak diharamkan untuk dilihat. Oleh itu, apabila seseorang mengambil gambar temannya dalam keadaan si teman menutup aurat, hukum mengambil gambar tersebut adalah dibenarkan. Jelasnya mengambil gambar manusia yang yang tidak menutup aurat adalah diharamkan.

Gambar yang berwarna ataupun hitam putih adalah sama dari sudut hukum. Keadaan gambar tersebut adalah hitam putih atau berwarna bukanlah penentu kepada sesuatu hukum.


Hukum Menggantungkan Gambar Di Dinding

    * Hukum menggantungkan gambar selain dari gambar manusia dan haiwan adalah dibenarkan. Contohnya gambar tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi.

    * Namun sekiranya gambar yang digantung adalah gambar manusia atau haiwan yang sempurna, maka berdasarkan pandangan Al-Malikiyyah, hukumnya adalah makruh sekiranya gambar tersebut digantung atau dimuliakan.

    * Sekiranya gambar tersebut tidak dimuliakan, contohnya gambar yang ada pada hamparan, bantal, selipar, kasut dan sebagainya, maka tindakan menggunakan dan menyimpan barang-barang tersebut adalah tidak digalakkan. Ini kerana yang sebaiknya adalah tidak menggunakan langsung sebarang gambar kepada objek hidup.

    * Walaubagaimanapun, berdasarkan pandangan para ulama selain daripada Al-Malikyyah, mereka mengharamkan seseorang individu untuk menggantungkan sebarang gambar manusia atau binatang yang sempurna.

    * Sekiranya gambar yang ingin digantung adalah gambar manusia atau haiwan yang tidak sempurna seperti gambar kepala manusia sahaja, gambar kepala seekor singa, gambar seekor lembu tanpa kepala dan gambar manusia yang dadanya berlubang, maka kebanyakan para ulama membenarkannya tanpa ada sebarang hukum makruh.


Hadith Yang Menunjukkan Seolah-Olah Pelukis Mencabar Allah

    * Berkenaan dengan hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa lukisan benda yang bernyawa adalah seakan-akan mencabar ciptaan Allah, bagi para ulama yang berpandangan bahawa lukisan objek manusia dan binatang yang sempurna adalah haram, mereka menjadikan pengharaman tersebut kerana hadith Rasulullah menunjukkan bahawa orang yang melukis objek benda yang bernyawa telah mencabar Allah Taala.

    * Namun bagi para ulama yang tidak berpandangan bahawa lukisan gambar manusia dan haiwan adalah haram, mereka berpandangan bahawa maksud lukisan gambar yang membawa kepada mencabar Allah Taala adalah hanya apabila gambar yang dilukis bertujuan untuk disembah

          ataupun

    * orang yang melukis tersebut sendiri ingin menjadikan lukisannya sebagai satu cara untuk menyatakan kepada orang lain bahawa dia mampu melakukan sebagaimana Allah menciptakan sesuatu objek. Ini bermakna si pelukis sendiri yang berniat untuk mencabar kehebatan Allah dalam mencipta alam.

    * Sekiranya si pelukis tidak berniat untuk mencabar atau menandingi Allah Taala dan lukisan yang dibuat bukanlah untuk disembah, maka para ulama yang tidak mengharamkan lukisan akan menyatakan bahawa tiada sebarang sebab yang boleh mengharamkan lukisan.


Penutup.


Perbincangan berkaitan dengan hukum gambar adalah satu perbincangan yang akan memperlihatkan perbezaan pandangan para ulama dalam menentukan hukum. Walaupun ada hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa melukis adalah haram, tetapi para ulama berselisih pandangan dalam memahami hadith-hadith tersebut sehingga menyebabkan pandangan yang pelbagai dalam masalah hukum melukis.

Kita sebagai orang Islam wajib untuk menghormati perselisihan pandangan ini dengan tidak memaksa umat Islam yang lain memilih hanya satu pandangan daripada pandangan-pandangan yang pelbagai. Ini kerana setiap pandangan mempunyai sandaran dan hujah ilmu yang diceduk daripada Al-Quran, Al-Sunnah dan dalil-dalil feqh yang lain. 

Kita juga tidak boleh mencemuh pandangan sebahagian para fuqaha sekiranya pandangan mereka tidak sama dengan pandangan mazhab yang kita pegangi.



Wallahu A'lam.


Rujukan utama adalah Mausu`ah Fiqhiyyah Quwaitiyyah.

Kutipan/Sedutan dari :
http://www.pmram.org/mambo/index.php?option=com_content&task=view&id=284&Itemid=1

Wednesday, December 25, 2013

pesilat wanita

yg ni ringkas je sbb baju yg dia gunakan xrumit. 3 jam je masa yg diambil utk menyiapkan lukisan ni dan sye gune pensel mekanikal, 3B,5B,6B,n 7B.

potret 2

media yg sye gune..pensil 2B,4B,n 5B.Lukisan ni amek mase 7 jam utk siap sbb sye buat detail pada corak tudung ngan baju. teknik sama dengan potret yang sbelum ni.

Potret

Ni wajah mak kepada mmber sye. malam tdi sye siapkan but its not completely done sbb ade detail2 yg blum sye masukkan. tp just nk upload wajah dia. sye gunekan pencil mkanikal 2B n 5B only and eraser absolutely. saiz lukisan ni saiz A4 n amek mase 3 jam utk sye detailkan bayang pada muka.utk dptkan kesan yang lebih lembut sye gunekan tisu utk ratakan permukaan supaya nmpak lebih halus. jgn gunekan jari utk ratakan sbb warnanya akan xberapa sekata dan tgn kita gak yg kotor. :)

alatan lukisan


Sebenarnye sye belum ade ni semua..kecuali graphite la...pen pown sye da xgune sbb sye da stop lukis kartun. fokus sye sekarang ialah potret. so alat-alat yang perlu ade pnsel arang n pemadam yg kelabu tu. utk sesapa yang berminat dengan lukisan potret better mulekan dengan pensil berlainan saiz dlu baru gunekan arang. arang ni specialnya die warna die gelap berbanding graphite.klu graphite warna gelap tu akan jadi berkilat. itu yang sye belajar dpd youtube la..

How to Draw a Nose - Step by Step

Tuesday, December 24, 2013

LADY GAGA "Portrait Drawing" (by Ellen Sunbeam)

Abang Doli n Family

lukisan ni baru je saye buat td..yang ni family abang sye yg no 2 lak.sbnarnye ade 4 orang.tp dlm prut lagi la..hehehee...lukisan ni sye buat saiz A3 n mcm biase sye gunekan pensil yg biasa tp berlainan saiz. teknik lak sye gune teknik gosokan supaya texture pada lukisan nmpak lbeh kemas.n gambar ni pun sye gabungkan.yang tengah tu sbnarnye gambar ank sdare sye yg kcik lagi tp skang die dah besa so sye amek pic die yang skang n sye gabung.muke abg sye snang je nak lukis yg susah muke akak ipar tu.hahaha..tp xpe janji siap.

How to Draw the Head from Any Angle

Sunday, December 22, 2013

kunjungan ke Fiesta comic di KLCC Convention Centre

menjadi sebahagian daripada para otaku di Malaysia. Apa yang tgk dr pmerhatian pengunjung kt situ sume mmg minat dengan komik dan game. pertandingan cosplay pown ade. ni antra pserta yang ada kt fiesta comic tu. sy n member xlepaskan peluang utk tgk kemeriahan kt sne sbb ade juga antara mereka melukis. lukisan yang diorg lukis ofcourse la watak komik.sye pun antara peminat dengan watak2 komik ni tp xseobses mreka.haha.btw pngalaman arini memang best.






hasil khat amatur sye..just suke2..




ni semua hasil khat taun lepas. sebab mse ni mood tulis khat tngah membara.eceh!mule2 pos je pastu mmber mintak buatkan gak. so buatkan jela walaupun xtau jenis khat ape yg sye buat ni.mklumlah blaja saje2 je..huhuhu..

Saturday, December 21, 2013

spongebob n friend

sape kenal watak ni..?of course sume kenal kan.sebenarnye sye xpndai mniru watak kartun sebb sye suke lukis watak sye sendiri. sebab tu klu ade kawan2 mntak sye lukis watak2 komik mesti sye mngeluh.sbb sye xsuke lukis something yg limit.mksudnye ukuran watak tu msti tepat. berlainan dengan potrait.mmg kita meniru tp kita lukis semula org sebenar.klu kartun mmg watak tu dah dilukis..klu lukisan ni sye ubahsuai gerak die n sye combine watak2 ni. ni mse sye form 6 lukisan ni sy hasilkan.

manjalina madon

potrait ni sye bru siapkan td..mmndangkan tuannya sekarang kene tahan wad.so i make something as her wish. lukisan ni sye gune pnsil 4B,6B, n 7B. sye xgune chacoal sbb xde..hehehe..so gune ape yg ade. nk lukis ni tgn kita kene alas something like plastik, tisu or kertas.so lukisan x kotor. pastu sye gune tisu utk ratakan tone. lain kli sye publish care lukis figura ikut step okayh!

"botol air cikgu"


Permandangan depan rumah..lukisan ni memerlukan kita teliti dengan aspek simetri sebab nak samakan kedudukan rumah tu supaya nmpak sekata. teknik yang sye gunekan titik2 juga. mase ni sy akan duduk dpan rumah kmudian lukis smua yang sy nmpak. termasuklah orang2 dlm tu. semuanya jiran2 sye. ^^

One Direction Drawing by Ellen Sunbeam

permandangan kampung nelayan

Wajah yang diabadikan

yang ni gambar arwah ayah sye. die seorg yg tegas tp sngt mmhami minat anak2 die. sbbkan sye minat bidang seni dia blikan sye kertas lukisan n pnsil warna mse sy kcik dlu even hidup kami xbrape senang. sy abadikan wajah die dalam lukisan sye supye sy xpnah lupe wajah yg berjase ni. smoga ayah ditempatkan orang2 beriman.

me and partner utk team Silat Universiti Malaya..we've been 2 and half year together as a partner ^^

wajah ibu menjadi inspirasi buat sy utk melukis dua karakter ni..^^

















ni muka baby yg sye jge mse sye keje kat taska dlu. tengah die comel tido tu sye amik pluang lukis muke die.he so adorable and chubby. love u baby!

Friday, December 20, 2013

Jared Leto Drawing by Ellen Sunbeam

Koleksi Fun Sketcher





Persamaan yang ade pada tiga-tiga lukisan ni sume bdan kartun. sye lagi minat dengan lukisan figura yang mcm ni sebab menunjukkan elemen lucu di dalam potret. sye xnak la buat potrait yang serius. sebab sye namekan blog sebagai fun sketcher sebab kita boleh enjoy sambil menghasilkan krya. lukisan ni sume saya buat dalam bulan ni juga hsil drp permintaan kwn2 yang menyokong sye.






penyatuan dua hati


okay ape yang nak cerita pada lukisan yang ni, gambar orang dlam ni abang n akak ipar sye. sye jadi photographer terjun mse wedding die. gambar yang ade dalam album ni kebetulan saya tertarik nk lukis. yang lukisan latest sye. sebab sye masih amatur dalam lukisan potret its take 3 time to copy my brother face! lebih2 lagi part mata die yang sepet bile senyum. untuk lukis potret its not easy sebab memerlukan kesabaran dan ketelitian kita . Alhamdulillah lukisan ni menjadi latihan utk sye lagi improve.


yang ni gambar asal yang sye tangkap mase wedding abang sye. sebagai permulaan ni sye suke lukis wajah keluarga sndiri.















yang ni pun guna teknik titik-titik sebab saya mmg minat dengan teknik ni. untuk lukisan yang mcm ni saya akan buat lakaran ringkas guna pensil dahulu kemudian baru sy buat titik tu.Lukisan ni lama hilang tapi saye jumpe balik sebab ibu saya da kumpul sume masuk dalam fail.huhuu..Untuk jadi lukisan lebih detail kita kene tahu part mane yang gelap dan terang sebab tanpa ketelitian ni lukisan yang dihasil akan nmpak 'sembrono'.

yang ni lukisan yang sye sangat-sangat adore sebab lukisan ni agak rumit n agak lame utk sye siapkan sebab saiz die besar. i dont have the original one coz i lost my skecthing book. btw sye still excited untuk berkongsi dengan kawan-kawan. lukisan yang sye buat ni gune teknik titik. sye blaja mse form 6 dlu. until now sye masih suke dengan teknik ni sebab lukisan akan nmpak lbih real.
Assalamualaikum dan hai kepada semua. Tujuan blog ni sye wujudkan sebab sye nak berkongsi semua hasil seni yang dah saya buat sebagai koleksi. selain itu melalui blog ini saya berharap dapat berkongsi idea bersama mmber yang juga berminat dengan seni lukis. kemahiran sye dalam bidang seni ni lebih kepada sketch sebab saya tak minat mewarna. so tak hairan klu hasil yang post lukisan dalam blog ni semuanya hitam putih. that's why sye namakan blog ni fun sketching. so sesiapa yang juga mmpunyai minat terhadap bidang lukisan we can exchange our ideas for improving our skill. ^^